Polis Kelantan teliti untuk tempatkan anggota di stesen ECRL

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 1:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis Kelantan teliti untuk tempatkan anggota di stesen ECRL

KOTA BHARU: Penempatan anggota polis di Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Tunjong, di sini bertujuan mengekang kegiatan jenayah akan diteliti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, namun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada pihak ECRL.

Katanya, kemungkinan juga pihak berkenaan akan menggunakan polis bantuan.

“Pada Ahad ini, 29 November, saya bersama pasukan akan menaiki ECRL dan kami akan melihat dan meneliti berkaitan aspek keselamatan di stesen berkenaan.

“Hasil lawatan itu nanti, sekiranya perlu akan ada perbincangan lanjut memandangkan Kelantan adalah negeri bersempadan,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ECRL dijadualkan mula beroperasi dari Terminal Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada 12 Disember ini. – UTUSAN

The post Polis Kelantan teliti untuk tempatkan anggota di stesen ECRL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved