Polis keluarkan hasil siasatan tragedi Itaewon minggu ini

10 Jan 2023 • 9:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEOUL: Unit polis khas yang ditugaskan menyiasat kejadian rempuhan maut di Itaewon akan mendedahkan hasil siasatan pada minggu ini.

Pasukan itu dilancarkan pada 1 Nov sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyingkap kebenaran di sebalik tragedi 29 Okt yang mengorbankan 159 orang di kawasan kejiranan Itaewon, Seoul.

Pegawai yang terlibat merancang untuk mendedahkan penemuan itu pada Jumaat, lapor Yonhap.

Menurut laporan, pasukan penyiasat telah merujuk 10 suspek utama termasuk bekas ketua Balai Polis Yongsan Lee Im-jae dan ketua pejabat Wad Yongsan Park Hee-young kepada pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, pasukan itu dijangka tidak akan mendakwa Pesuruhjaya Agensi Polis Kebangsaan Yoon Hee-keun, kerajaan metropolitan Seoul dan pegawai kementerian dalam negeri.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved