Polis Kenal Pasti Identiti 5 Mangsa Kebakaran Di Raub

26 Feb 2026 • 5:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

RAUB - Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Moha Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10.

Beliau berkata ketika kejadian, dua lagi anak pasangan itu tiada di rumah kerana menetap di asrama.

"Anak mangsa yang tiada di rumah ialah Ruby Adalia Balqis Moha Alawi, 19, yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Moha Shahril berkata hasil siasatan turut mendapati rumah berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, namun jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman berjaya mengawal api pada 4.48 pagi.

Beliau berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut melibatkan masing-masing tiga kereta dan motosikal. - BERNAMA