Polis kenal pasti pemandu kereta mewah memandu secara berbahaya

29 Jul 2023 • 10:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis mengenal pasti pemandu-pemandu kereta mewah jenis Lamborghini yang memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) di Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata aksi kesemua pemandu itu dikesan menerusi video tular berdurasi 71 saat yang dirakam orang awam dan dimuat naik di laman Facebook pada pukul 9.13 malam semalam.

“Susulan rakaman video tersebut, pihak polis telah berjaya mengesan kenderaan-kenderaan terlibat pada jam 11.40 pagi tadi dan juga mengenal pasti pemandu-pemandu yang terlibat.

Setakat ini lima pemandu berusia antara 44 hingga 64 tahun akan diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu, video tular itu memaparkan ada pemandu-pemandu Lamborghini yang menyertai satu konvoi kereta mewah itu dari Senai menghala ke Bandar Penawar memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain tanpa mengendahkan kenderaan yang berada di laluan bertentangan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved