
PITAS: Seorang pemandu jentolak berusia 64 tahun maut selepas tertindih kenderaan tersebut di Ladang Sawit Felcra, Kampung Rosob dekat sini, pada Khamis.
Kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu mengakibatkan mangsa cedera di bahagian badan, kepala dan leher.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Zairolnizal Ishak berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah jentolak berada di gaung sedalam kira-kira 90 meter, dalam keadaan terbalik dan pemandu berada di bawah jentolak tersebut.
Katanya, usaha membawa keluar mangsa dilakukan dengan membuat jalan baru, dengan bantuan pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa tersepit kira-kira jam 4.25 petang.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Zairolnizal berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi Khamis, selepas mangsa selesai melakukan kerja-kerja menabur simen jalan raya di kawasan bukit tersebut.
“Semasa mengundur, mangsa dipercayai hilang kawalan dan jentolak itu terjatuh ke dalam gaung sedalam 90 meter, menyebabkan mangsa tertindih,” katanya.
Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan sebab kematian, katanya.
Zairolnizal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
