Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

21 Apr 2024 • 10:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

CHUKAl - Polis sedang mengesan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Kemaman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata mangsa yang juga guru bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu didakwa ditumbuk dan disepak suspek di kantin sekolah kira-kira 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Air Putih dekat sini pada 8.20 pagi.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam pada mata kiri. Polis kini memburu suspek yang berusia 49 tahun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata,  kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved