Lelaki Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 6 Tahun Di Tanah Perkuburan Betong

22 Apr 2024 • 1:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki 38 tahun disyaki melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak 6 tahun di Betong dan telah ditahan di Miri

Lelaki Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 6 Tahun Di Tanah Perkuburan Betong. Polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun (Andrew Jarau) yang disyaki melakukan serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di tanah perkuburan lama di Kampung Kubal, Betong pada 10 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie memberitahu tangkapan tersebut dibuat berhampiran ladang kelapa sawit Batu Niah di Miri kira-kira pukul 5.40 petang pada hari Jumaat lepas (19 April).

image is not available
Lelaki Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 6 Tahun Di Tanah Perkuburan Betong

“Polis telah memburu suspek selepas menerima laporan polis pada 10 April, kira-kira pukul 6.40 petang.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

“Suspek kini direman selama lima hari bermula semalam sehingga 25 April. Kes masih dalam siasatan,” kata Mathew dalam kenyataan hari ini menurut laporan.

Baca juga artikel yang berkaitan: