Polis Kesan Pemain Bola Amatur Bawa Kerambit Dalam Padang

Football
5 Aug 2024 • 3:48 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Seorang pemain bola sepak amatur daripada pasukan Farouk FT mencetus kekecohan apabila didakwa membawa senjata seperti kerambit ketika di dalam satu perlawanan bola sepak.

Melalui beberapa gambar yang tular di media sosial, dikatakan kejadian itu berlaku di padang KLFA, Melawati pada 12.30 tengah malam tadi.

image is not available

Pemain berkenaan didakwa sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam apabila tercetus pergaduhan antara mereka ketika perlawanan berkenaan. Bagaimanapun difahamkan tiada sebarang kecederaan berlaku dan pergaduhan tersebut berjaya dileraikan.

image is not available

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dirakam membawa masuk senjata tajam dipercayai kerambit ketika perlawanan bola sepak di Padang Bola Sepak KLFA, Desa Melati, di sini, semalam.

image is not available

"Pengadu yang terbabit dalam perlawanan berkenaan mendakwa mengesan pasukan lawan membawa masuk senjata tajam ke dalam padang.

"Suspek dikatakan mengacukannya kepada seorang pemain daripada pasukan pengadu," katanya kepada media hari ini.

Mohamad Lazim berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved