“Kerambit Oi, Gila” – Tular Foto Pemain Bola Didakwa Bawa Alatan Tajam Ke Padang

5 Aug 2024 • 10:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kerambit

Tular di media sosial foto memaparkan seorang pemain bola sepak didakwa membawa peralatan tajam menyerupai kerambit ke padang.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika pergaduhan di mana salah seorang pemain dari pasukan Farouk FT dikatakan menggenggam peralatan itu.

Foto mengenai kejadian turut tular di media sosial selepas dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aliff Akhmal.

image is not available

image is not available

image is not available

Kejadian didakwa berlaku di padang KLFA, Melawati pada jam 12.30 pagi. Suasana tegang apabila tercetus perkelahian di antara para pemain namun ianya dapat ditenangkan oleh orang ramai.

image is not available

Di ruangan komen, disertakan penjelasan di mana peralatan yang digenggam bukanlah kerambit tetapi gunting.

Dakwanya, kedua-dua pasukan bermain secara kasar sehingga bergaduh menyebabkan pemain itu berang dan mengeluarkan gunting.

image is not available

Jap!


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved