Polis kesan pemandu Proton Satria kuning langgar wanita di Hulu Langat 

21 Nov 2026 • 9:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis kesan pemandu Proton Satria kuning langgar wanita di Hulu Langat 

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Satria berwarna kuning yang melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal di Kampung Jawa, Jalan Hulu Langat, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 6.56 pagi itu, seorang wanita berusia 53 tahun dikatakan sedang memberhentikan motosikal ditunggangnya di bahu jalan untuk berurusan di sebuah kedai berhampiran.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning telah melanggar bahagian belakang motosikal itu yang menyebabkan wanita berkenaan tercampak ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Ampang manakala kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Naazron berkata polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian termasuk rakaman kamera papan pemuka atau video supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Faezah Mohd Zakria melalui talian 012-326 8496.

Beliau berkata pihak polis turut mengesan satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi pendek berkaitan insiden itu yang tular menerusi media sosial kira-kira 1.50 tengah hari tadi.

Video itu memaparkan seorang penunggang motosikal wanita dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta kuning berhampiran sebuah premis makanan, sebelum kenderaan terbabit dilihat terus memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved