Sekumpulan lelaki curi kabel di premis hiburan diburu

21 Nov 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekumpulan lelaki curi kabel di premis hiburan diburu

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan sekumpulan individu disyaki mencuri kabel di hadapan premis hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, dalam video itu tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung hantaran tular di platform Threads pada kira-kira pukul 9.50 pagi, hari ini.

Beliau berkata, video berdurasi 38 saat itu memaparkan sekumpulan individu menggunakan dua kenderaan sedang memotong kabel pada waktu siang.

“Semasa kejadian, kesemua suspek melarikan diri setelah dihampiri orang awam.

“Tindakan mengesan kesemua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis turut menasihatkan orang ramai supaya segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki dilihat mencuri kabel di hadapan premis hiburan di Jalan Tun Razak di sini. 

Turut kelihatan pengawal keselamatan yang melihat perbuatan itu namun tiada sebarang tindakan diambil. 

Bagaimanapun, terdapat beberapa orang awam yang cuba menggagalkan tindakan kesemua penjenayah sebelum mereka melarikan diri.- UTUSAN

The post Sekumpulan lelaki curi kabel di premis hiburan diburu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved