Polis Kesan Pemandu Proton Wira Tular Memandu Secara Berbahaya & Punca Axia Terbabas Masuk Parit [Video]

LocalCars
21 Sep 2026 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Polis Kesan Pemandu Proton Wira Tular Memandu Secara Berbahaya & Punca Axia Terbabas Masuk Parit [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial satu video memaparkan kereta Proton Wira yang memandu secara berbahaya di sebuah lebuh raya dan melanggar sebuah Perodua Axia sehingga menyebabkannya terhumban ke parit.

Polis kesan pemandu Proton Wira susulan berlaku kemalangan dengan Perouda Axia di PLUS

Terbaharu, polis kini sedang mengesan pemandu Proton Wira berkenaan ekoran daripada kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Nilai.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali pihak polis mencari pemandu berkenaan untuk membantu siasatan berkaitan insiden terbabit.

Gesa orang ramai yang ada maklumat untuk beri maklumat

Muhammed Hasbullah turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Proton Wira itu mahupun pemandunya untuk tampil membantu polis.

“Kami sedang mengesan pemandu Proton Wira yang terbabit dalam insiden itu dan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu kami,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Hasbullah dalam masa sama turut memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya lain.

“Pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati dan bersabar antara satu sama lain. Mereka harus mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” ujarnya lagi.

Rakaman kemalangan dapat bantu pihak polis jalankan siasatan

Tambah beliau lagi, pengguna jalan raya juga perlu sedar bahawa penggunaan kamera papan pemuka atau lebih dikenali sebagai dashcam kini digunakan secara meluas atau pengguna di jalan raya dan ia boleh merakam kemalangan di jalan raya.

“Pada masa kini, ramai pengguna jalan raya mempunyai kamera papan pemuka. Kes sebegini boleh dirakam dalam bentuk video dan rakaman itu dapat membantu siasatan polis, dengan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.”

Proton Wira masuk lorong digunakan Perodua Axia sehingga pemandu terpaksa mengelak sebelum terbabas ke dalam parit

Katanya lagi, insiden membabitkan Proton Wira serta Perodua Axia itu telah dirakam dalam dua rakaman kamera papan pemuka kenderaan di lokasi pada masa kemalangan itu berlaku. Ia kemudiannya dikongsikan secara meluas di media sosial.

Menerusi video tular itu, kelihatan Proton Wira berkenaan memasuki lorong yang sedang digunakan oleh Perodua Axia, perkara itu menyebabkan pemandu Perodua Axia terpaksa mengelak.

Ekoran itu pemandu Perodu Axia kemudiannya hilang kawalan, terkeluar dari lebuh raya serta terjunam ke dalam parit berdekatan.

Tiada laporan polis yang dibuat, polis minta Perodua Axia buat laporan di IPD Seremban

Dalam pada itu, Ketua Polis Nilai, Superintendan Johari Yahya turut mengesahkan insiden berkenaan berlaku di antara KM270 dan KM275 di Lebuhraya PLUS menghala ke Nilai.

Jelasnya kenderaan-kenderaan berkenaan menghala ke arah utara ketika insiden berlaku.

Tambah Johari lagi, semakan awal dilakukan mendapati tiada laporan polis yang diterima mengenai insiden terbabit.

Walau bagaimanapun, pegawai penyiasat telah menghubungi pemandu Axia berkenaan, yang akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Justeru itu, pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui keadaan sebenar sewaktu insiden tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved