Polis kesan pemandu trak tunda halang lalu lintas

19 Sep 2022 • 5:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KLANG - Sekumpulan pemandu trak tunda dikesan untuk siasatan tindakan menghalang lalu lintas di Jalan Batu Tiga menghala ke Jalan Pasar, Klang yang tular menerusi media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, video berdurasi 15 saat itu memaparkan beberapa pemandu trak tunda berkumpul dan menghalang lalu lintas di lokasi tersebut.

"Tindakan diambil bagi mengesan dan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan selain turut mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menghalang lalulintas yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved