
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan penganjur yang terlibat dalam pertunjukan bunga api di Paya Besar, Kulim, malam tadi hingga mengakibatkan 22 orang cedera manakala seorang lagi kritikal.
Ketua Polis Daerah Kulim, Zulkifli Azizan berkata, setakat ini penganjur belum tampil bagi membantu siasatan.
Jelasnya, siasatan juga dijalankan bagi mengetahui sama ada bahan letupan yang digunakan itu adalah haram atau diubah suai.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958,’’ katanya, lapor NST.
https://youtube.com/shorts/t8N3_v_h9II?si=WYEqA40Ne5W4Jzgv
Dalam kejadian malam tadi, seramai 22 orang awam cedera termasuk termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat sini, tengah malam tadi.
Kejadian pada 12.45 tengah malam itu disedari anggota membuat rondaan pencegahan jenayah yang melihat kesesakan lalu lintas dengan kehadiran orang ramai di tepi jalan Paya Besar.
Seorang mangsa mengalami kecederaan serius di dahi dengan luka sepanjang 5 sentimeter.
Sementara mangsa yang lain hanya mengalami luka kecil akibat terkena belerang di bahagian badan dan tangan. - 20 Oktober, 2025
The post Polis kesan penganjur selepas 22 cedera dalam kejadian letupan mercun di Kulim appeared first on Scoop.


