Remaja 14 tahun direman empat hari berkait kes amang seksual

17 Oct 2025 • 1:17 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Md Yusof Ahmad mengesahkan pihaknya menahan seorang pelajar Tingkatan Dua bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan, Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan di tepi Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar.

Jelas Md Yusof, permohonan reman dibuat pada 14 Oktober dan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari sehingga hari ini (17 Oktober).

"Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi 13 Oktober lalu ketika waktu rehat di dalam salah sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam.

"Mangsa yang terbabit adalah seorang pelajar Tingkatan Tiga berusia 15 tahun," katanya ketika dihubungi media, lapor BH.

Menurut beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat. - 17 Oktober, 2025

The post Remaja 14 tahun direman empat hari berkait kes amang seksual appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved