GOMBAK – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular menunggang motosikal melawan arus sebelum bergesel dengan sebuah kereta di kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong Pahang pada 2 April lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa seorang lelaki berusia 34 tahun memandu kereta jenis Volkswagen Golf di lorong kanan.
"Tiba-tiba sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan muncul dari arah bertentangan telah bergesel dengan kenderaan milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
**media[3484520]**
Abang Kaderi berkata, pemandu kereta, tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal tidak berhenti di tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rathana Kumar Vardaraju di talian 017-7745565 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.


![Hanya Kerana Tegur Pemandu Alza Pandu Melulu, Penunggang Motosikal Ditendang & Dipukul [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)