Polis kesan sekumpulan individu tular dipercayai curi kabel di Ipoh

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 7:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis kesan sekumpulan individu tular dipercayai curi kabel di Ipoh
Siasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengesan suspek, mendapatkan rakaman CCTV serta mengenal pasti kenderaan terlibat. Gambar hiasan

IPOH - Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di laman sosial dipercayai mencuri kabel di Jalan Raja Musa Aziz, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, video tersebut dimuat naik oleh akaun Faiz menerusi nama pengguna @faiz.sosialaktivis di aplikasi TikTok.

Beliau berkata, polis mengesahkan satu laporan telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengesan suspek, mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) serta mengenal pasti kenderaan terlibat. Polis memandang serius kejadian ini kerana boleh menjejaskan harta benda, perkhidmatan telekomunikasi dan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama