Polis Kesan Telefon Bimbit Mangsa Hanyut Kepala Air Aktif Antara Puchong Atau Shah Alam

18 Nov 2025 • 8:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis memaklumkan bahawa telefon bimbit milik lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma semalam masih boleh dihubungi.

image is not available

Telefon bimbit dikesan masih aktif

Memetik laporan daripada Buletin TV3,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam menyatakan telefon bimbit tersebut dapat dikesan namun kedudukannya dipercayai ada disekitar kawasan Puchong atau Shah Alam.

“Telefon mangsa masih ada berbunyi, tapi sekejap ada deringan, sekejap tiada. Mengikut kedudukan telefon itu, kita dapat jangkakan kedudukan dia mungkin berada di sekitar kawasan Puchong atau pun Shah Alam.
“Kerana telefon itu diletakkan dalam beg, mungkin telefon itu hanyut bersama beg dan bukan bersama mangsa,” jelasnya dalam sidang media sebentar tadi.

image is not available

Telefon bimbit dipercayai masih berada di dalam beg

Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi hari kedua meliputi kawasan sepanjang 20 kilometer dari lokasi kejadian sehingga ke Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

image is not available

Artikel lain: Pencarian Lelaki Hanyut Di Pintasan Saloma, SAR Disambung Pagi Ini

Walau bagaimanapun, pencarian menggunakan dron, bot dan pelbagai aset masih belum berjaya menemui mangsa.

Sumber: Buletin TV3 (Fareez Azman)

The post Polis Kesan Telefon Bimbit Mangsa Hanyut Kepala Air Aktif Antara Puchong Atau Shah Alam appeared first on Borak Daily.