Polis Ketatkan Kawalan Di Kubur Zara Qairina, Orang Awam Digesa Hormat Privasi Penduduk Kampung

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pihak polis mengingatkan pencipta kandungan dan orang awam untuk tidak mengambil kesempatan atau terkejar-kejar untuk membuat content tentang kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Supritendan Awang Anak Suand berkata, pihaknya telah menambah bilangan anggota untuk mengawasi kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol sebagai langkah berjaga-jaga.

image is not available

Minta bantuan penduduk kampung

Malah katanya, polis turut meminta bantuan penduduk kampung berkenaan untuk membantu menjaga keselamatan di sekitar kawasan terbabit.

Sejak seminggu lalu, kami memasang garisan polis pada jarak 100 meter dari kawasan pengebumian.

Tambah Awang, pihaknya turut mengadakan rondaan secara berkala di kawasan terbabit dan penduduk kampung pula bertugas sebagai penjaga di dalam kawasan tanah perkuburan itu.

image is not available

Jangan buat content je

Awang turut menggesa orang awam, terutamanya pencipta kandungan untuk menghormati privasi penduduk kampung yang tinggal berdekatan tanah perkuburan berkenaan.

Tindakan itu adalah untuk menjaga keselamatan gara-gara kes pelajar Tingkatan 1 itu mendapat perhatian meluas bukan sahaja media tetapi masyarakat terutamanya selepas kuburnya diarahkan untuk digali semula untuk proses bedah siasat.

image is not available 2025-08-11 09:48:30

"Memang Ada Patah, Seperti Yang Tular" - Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina