Polis KL lupus lebih 34,000 barang kes bernilai RM2.34 juta

19 Nov 2026 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis KL lupus lebih 34,000 barang kes bernilai RM2.34 juta
Fadil (dua kiri) melihat barang kes yang dilupuskan pada Khamis. Foto ihsan Polis KL.
Image from: Polis KL lupus lebih 34,000 barang kes bernilai RM2.34 juta
Fadil (tiga kiri). Foto ihsan Polis KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 34,451 unit barang kes membabitkan 751 kertas siasatan bagi tempoh 2010 hingga 2026 dilupuskan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.34 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pelupusan itu melibatkan empat daerah iaitu Dang Wangi, Cheras, Putrajaya dan Sentul.

**media[3715656]**

"Pelbagai jenis kategori barang kes melibatkan 34,451 unit dan RM 2,267 wang tunai bagi tujuan pelupusan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang di sini pada Khamis.

Fadil berkata, antara barangan yang dilupuskan terdiri daripada mesin Bitcoin, minuman keras, rokok, komputer riba serta pelbagai barangan lain yang berkaitan dengan kes perjudian, noda, kontraban dan kes am.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 244 kertas siasatan membabitkan barang kes am, 170 kes noda dan hiburan, enam kes Bitcoin, 270 kes perjudian serta 61 kes kontraban," katanya

Fadil berkata, anggaran nilai keseluruhan pelupusan adalah RM2,344,627.68.

"Semua kertas siasatan berkenaan telah selesai dan kes terbabit mendapat keputusan serta perintah pelupusan daripada mahkamah.

"Semua barang kes yang terlibat mendapat Perintah Pelupusan Barang Kes mengikut Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)," katanya.

Beliau berkata, proses pelupusan dilaksanakan mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap barang kes diuruskan dengan teratur, selamat dan berintegriti.

"Langkah ini turut mencerminkan komitmen polis dalam memastikan pengurusan barang kes dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved