Polis Klasifikasi Isu Dakwaan Ibu Dihalau Dari Majlis Sekolah Sebagai ROA

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 2:37 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Polis Klasifikasi Isu Dakwaan Ibu Dihalau Dari Majlis Sekolah Sebagai ROA

KUALA LUMPUR — Polis mengklasifikasikan kes membabitkan dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirinya dihalau ketika menghadiri majlis sekolah pada 27 Jun lalu sebagai Rujuk Agensi Lain (ROA).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung kejadian berkenaan.

Polis Terima Laporan Kedua-Dua Pihak

“Kami menerima laporan daripada pihak pengurusan sekolah terbabit dan wanita berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai ROA (rujuk agensi lain),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sekolah Pertahan Tindakan, Dakwaan Dinafikan

Media sebelum ini melaporkan pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang mendakwa dihalau semasa menghadiri acara di sekolah berkenaan pada 27 Jun lalu.

Pihak pengurusan SMK Taman Yarl dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius berhubung dakwaan itu yang dilihat menjejaskan nama baik sekolah, guru serta seluruh komuniti sekolah berkenaan.

“Laporan polis dibuat pada 27 Jun lalu adalah sebagai langkah mengadu kepada pihak berkuasa bagi melindungi maruah sekolah dan guru selain menjaga kepercayaan serta motivasi murid sekolah ini.

“Tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak sekolah merujuk kepada bukti bergambar dan video yang diambil wanita terbabit.

“Bukti berkenaan diserah mengikut saluran yang betul selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Mengulas mengenai dakwaan wanita berkenaan dihalau, pihak sekolah itu menafikan perkara terbabit.

Wanita Turut Buat Laporan Polis

Wanita itu pula memaklumkan dia juga membuat laporan polis selepas aduannya kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) didakwa tidak dilayan.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi menjamin keselamatan anak-anaknya yang didakwa menerima ugutan susulan isu berkenaan. – The Malaysian Update

The post Polis Klasifikasi Isu Dakwaan Ibu Dihalau Dari Majlis Sekolah Sebagai ROA appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved