Polis siasat individu menyamar penjawat awam

29 Jun 2026 • 9:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis siasat individu menyamar penjawat awam
Polis menyiasat dakwaan seorang lelaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial.

KAJANG - Polis sedang menyiasat seorang individu yang menyamar sebagai penjawat awam dengan memakai uniform pasukan keselamatan serta menggunakan latar belakang menyerupai pejabat kerajaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.58 petang, Ahad.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Aidah Yem di talian 010-2176278 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan modus operandi tersebut yang dipercayai bertujuan menipu dengan menyamar sebagai penjawat awam.

Beliau turut meminta orang ramai supaya menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 jika mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah.

Sebelum ini, kes tersebut turut tular di aplikasi Threads yang memaparkan gambar seorang lelaki menyamar sebagai pegawai kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved