Polis Klasifikasi Kematian Pempengaruh Taiwan Dalam Bilik Bersama Namewee Sebagai Kes Bunuh

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang berusia 31 tahun ditemui maut dalam bilik air sebuah hotel yang terletak di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Ketika kejadian, penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali seagai Namewee, 42 turut berada dalam bilik sama.

image is not available

Namewee kemudiannya telah ditahan selepas polis syak yang dia memiliki dan menggunakan dadah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh.

“Dalam laporan sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) terhadap wanita warga asing yang ditemui di sebuah hotel, di sini, pada 22 Oktober lalu.”

“Kes ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kes sedang dijalankan.”

Berikutan dengan penukaran daripada kes mati mengejut ke kes bunuh, Namewee bakal ditahan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu, mangsa yang dikenali sebagai Hsieh Yun Hsin, pempengaruh Taiwan, ditemui terbaring dalam tab mandi.

Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.