Polis KLIA Bakal Guna Skuter Elektrik, Syor Langkah Keselamatan Dipertingkat

15 Apr 2024 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 bakal menggunakan skuter elektrik bagi tujuan rondaan yang lebih cekap tidak lama lagi dalam usaha untuk pasukan berkenaan bertindak balas lebih pantas dan meliputi lebih banyak rondaan.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan baru-baru ini yang mengatakan penggunaan skuter elektrik itu telah dirancang sejak awal tahun dan kerajaan Selangor bersetuju untuk membelinya.

Tambahnya lagi, pihak polis mengesyorkan supaya langkah keselamatan di KLIA ditingkatkan berikutan insiden tembakan seorang pengawal peribadi di lapangan terbang antarabangsa itu baru-baru ini.

image is not available

Menurutnya lagi, beliau mencadangkan langkah keselamatan diperketatkan dengan penekatan terhadap lorong yang paling hampir dengan pintu masuk lapangan terbang kerana ia adalah paling berisiko tinggi.

Sebagai contoh, menurut KP Selangor itu lagi, seseorang boleh meletakkan kenderaan mereka memasuki lapangan terbang, dan membuang sesuatu ke dalam tambahnya.

image is not available

Pun begitu, menurutnya lagi, pemasangan pengimbas di pintu masuk lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa pengurusan lapangan terbang terbang dan ia merupakan salah satu aspek yang sedang dikaji oleh lapangan terbang dengan kementerian berkaitan.

Terdahulu, seorang suspek telah melepaskan tembakan dalam cubaan untuk membunuh isterinya yang merupakan pemilik agensi pelancongan yang dikenali sebagai Farah Cie yang sedang menunggu pelanggannya pulang daripada mengerjakan umrah dan telah mencederakan seorang pengawal peribadi.

Sumber : mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.