
Kota Kinabalu: Seramai 89 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Natai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Poring-Poring menerima bantuan kelengkapan sekolah dan makanan daripada Polis Kota Kinabalu menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) jabatan terbabit.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan kepada 60 murid dari SK Natai dan 29 murid dari SK Poring-Poring.
AdvertisementKedua-dua sekolah ini terletak di kawasan pergunungan dan laluan yang mencabar, sama seperti sekolah-sekolah luar bandar lain di pedalaman Sabah.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Kasim Muda, berkata bantuan diberikan kepada murid-murid terbabit sebagai sebahagian daripada program ‘Masih Ada Yang Sayang’ untuk membantu mereka membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2025/2026 yang dijangka bermula pada Februari.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, program ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga penerima selain memberi semangat kepada murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
“Program ini menunjukkan keprihatinan pihak polis terhadap kesejahteraan masyarakat, sekali gus mengeratkan hubungan erat antara polis dan komuniti tempatan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini adalah usaha yang sangat baik untuk mendekatkan hubungan antara masyarakat, sekolah, dan agensi keselamatan seperti polis,” katanya.
Turut hadir ialah Guru Besar SK Natai, Telipok, Zulfiqkar Abd Mues.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kasim berkata, pihak polis juga melihat program sebegini sebagai platform untuk mendekati masyarakat, memahami isu dan cabaran yang dihadapi, serta memberikan nasihat dan bantuan yang diperlukan.
“Ini membuktikan bahawa hubungan antara polis dan masyarakat bukan sahaja berdasarkan penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga atas nilai kemanusiaan dan kasih sayang,” tambahnya.


