
Kota Kinabalu: Seorang sarjan polis didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,800 daripada seorang lelaki sebagai ganjaran untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu berhubung kesalahan berkaitan dadah.
Zakaria Mohd Jasni, 40, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, atas pertuduhan dihadapinya pada Selasa.
AdvertisementZakaria didakwa menerima wang rasuah itu daripada Peter Chang Nyuk Ming, di mana wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun bank kepunyaan Nidi Anak Semilan dan rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Chang yang didakwa terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada 18 Jun 2021 di Cawangan Maybank Putatan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda dari nilai suapan, atau sehingga RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Zakaria dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000, deposit RM3,000, serta seorang penjamin tempatan serta diperintahkan untuk melapor diri ke pejabat SPRM setiap dua bulan dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes ini dibicarakan bersama pertuduhan terdahulu yang dihadapi Zakaria dan menetapkan 12 Februari tahun ini untuk sebutan kes.
Terdahulu, Zakaria mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada individu yang sama untuk tujuan yang sama pada hari sama di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd, Kudat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, melakukan pendakwaan manakala Zakaria diwakili oleh peguam Luke Ressa Balang.


