Polis Kunak buru lelaki dipercayai tetak isteri, anak

6 Oct 2025 • 12:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Polis memburu seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun yang melarikan diri selepas menetak isteri dan seorang anak perempuannya di Kg Sungai Langgas, awal pagi Ahad.

Mengesahkan kejadian itu kepada Daily Express, Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak ASP Reduan Rahman berkata dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, isteri mangsa berumur 40an, yang juga warga tempatan, mengalami kecederaan di muka dan telinga selepas ditetak menggunakan senjata tajam.

Seorang anak perempuannya berumur 26 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian muka, jari dan satu cuping telinganya terputus akibat ditetak ketika cuba menyelamatkan ibunya.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital Kunak sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya, sambil menambah, suspek melarikan diri selepas kejadian.

Orang diminta supaya tampil menghubungi balai polis Kunak atau mana-mana balai berhampiran jika ternampak dan mengenali suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.