Polis lepaskan tembakan amaran, bukan berbalas tembakan

15 Oct 2026 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Polis lepaskan tembakan amaran, bukan berbalas tembakan

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau ACP Rosdi Mat Jusoh mengesahkan insiden seorang lelaki melepaskan tembakan yang tular di platform media sosial sebenarnya memaparkan kejadian ketika sepasukan anggotanya menjalankan operasi di Kampung Titingan pada 9 Oktober lepas.

Pihak polis turut menegaskan kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang insiden berbalas tembakan tetapi melibatkan tembakan amaran oleh anggota polis yang mengikuti operasi menangkap seorang suspek penjenayah di kawasan perkampungan atas air terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap persoalan orang ramai yang dilanda kebimbangan selepas melihat aksi seorang lelaki melepaskan tembakan dalam sebuah klip video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuatnaik netizen di Facebook semenjak kira-kira jam 8 malam pada Selasa.

“Kejadian itu sebenarnya berlaku kira-kira jam 4.00 petang pada 9 Oktober lepas ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama Strike Team Balai Polis Tawau dan Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan menjalankan operasi bersama.

“Operasi ini bertujuan menangkap seorang suspek kes samun bersenjata dan cubaan merogol seorang wanita warga asing berumur 18 tahun yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.50 pagi pada hari sama selepas aduan diterima,” katanya.

Rosdi berkata dalam kejadian samun terbabit, tiga lelaki yang disyaki bersenjatakan parang dipercayai menyebabkan kerugian sebanyak RM3,500 terhadap mangsa selepas melarikan dua telefon pintar dan wang tunai bernilai RM434 milik wanita terbabit.

Menurutnya salah seorang suspek didapati bertindak agresif semasa hendak ditangkap apabila cuba menyerang anggota polis bertugas dengan sebatang besi sebelum bertindak terjun ke laut untuk mengelak daripada ditangkap.

“Suspek juga memukul dan cuba menenggelamkan seorang lagi anggota polis bertugas ketika dikejar sehingga menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan sebelum berjaya ditangkap,” katanya sambil mengesahkan kedua-dua anggota polis terlibat mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut hasil siasatan yang dijalankan kemudiannya mendapati suspek terlibat adalah seorang lelaki warga asing berumur dalam lingkungan 30-an dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

Beliau berkata sebatang besi yang disyaki digunakan oleh suspek untuk menyerang anggota polis turut dirampas manakala ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki itu pula mendapatinya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) - kes samun berkumpulan, Seksyen 397 KK - kes samun bersenjata dengan niat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 354 KK - kekerasan jenayah dengan niat mencabul,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved