
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeleweng minyak masak dan petrol ke negara jiran dalam operasi Taring Landai Khas Kontraban pada malam Ahad.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, pasukan polis telah menahan sebuah lori tiga tan jenis Tohatsu berwarna putih dan sebuah kenderaan Toyota Hilux berwarna perak yang diletakkan di tepi Kampung Pukat, Jalan Bokara kira-kira jam 9 malam.
Advertisement“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan tersebut membawa muatan 146 kotak minyak masak, mengandungi 2,482 paket seberat 1kg setiap satu, serta 10 gelen minyak petrol dianggarkan berjumlah 300 liter.
“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar turut menemukan beberapa kotak minyak masak di Jeti Jambatan 4, Kampung Pukat, dipercayai untuk dibawa melalui jalan laut,” katanya dalam kenyataan kepada media.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun telah ditahan dalam operasi tersebut.
