Polis marin tahan peniaga, rampas mercun hampir RM350,000

LocalPolitics
21 Mar 2025 • 4:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan seorang peniaga dan merampas mercun pelbagai jenis dianggar bernilai RM347,500 di Taman Perling, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada 3 petang di kawasan garaj di sebuah rumah.

“Peniaga itu ditahan atas kesalahan menyimpan bahan letupan tanpa lesen yang sah.

“Hasil serbuan itu, sebanyak 139 kotak mercun yang dipercayai untuk dijual di bazar Ramadan berjaya dirampas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved