Polis minta bantuan kesan Reena Ong Ai Chin

4 Aug 2025 • 6:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis mohon bantuan orang ramai kesan Reena Ong Ai Chin yang dilaporkan hilang sejak 30 Julai lalu.

NIBONG TEBAL - Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang wanita berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak hujung bulan lepas.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supeintenden Jay January Siowou berkata, Reena Ong Ai Chin disyaki keluar dari rumahnya di sini, pada 30 Julai dan masih belum pulang hingga kini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit diminta menghubungi Ketua Polis Balai Nibong Tebal, Asisten Superintenden Rusli Tipu menerusi talian 013-441600 atau tampil ke balai polis berhampiran. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved