Polis Sita 22 Motosikal Dalam Op Samseng Jalanan

2 Aug 2025 • 7:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

BUKIT MERTAJAM - Polis menyita 22 motosikal dalam Op Samseng Jalanan Bersepadu di Jalan Perda Barat, Bandar Perda di sini semalam.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) operasi dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung kegiatan kumpulan remaja yang berkumpul di lokasi berkenaan pada waktu petang.

Mereka dikatakan berlumba sesama mereka dan bunyi ekzos yang bising, ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya tetapi turut mengganggu ketenteraman awam.

"Dalam operasi itu pasukan trafik mengesan beberapa kumpulan remaja bermotosikal berkumpul dan membuat bunyi bising melalui ekzos kenderaan yang telah diubah suai.

"Sebanyak 45 motosikal telah diperiksa, 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 22 motosikal turut disita," menurut IPD itu.

Operasi berkenaan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD SPT dibantu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Balai Bukit Tengah dan Balai Bukit Mertajam. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved