Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Simpang Pulai

14 Nov 2022 • 7:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar Simpang Pulai di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata laporan kehilangan remaja terbabit, Anis Azizah Rasidi, 15, dibuat oleh ibunya pada 4 Nov di Balai Polis Simpang Pulai kira-kira 3.49 petang.

“Ibu mangsa dikatakan melihat anaknya pukul 7 pagi pada 3 Nov dan sewaktu pulang ke rumah pada 12 tengah hari, Anis Azizah sudah tiada di rumah sehingga kini. Mangsa berbadan kurus berkulit putih,” katanya ketika dihubungi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Yahaya berkata sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh Sarjan Rafida Abd Rashid menerusi talian 0137312477 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh 052451500. - Bernama