Polis Minta Lufya Bawa Anak Ke Balai Untuk Rakam Keterangan

27 Jul 2022 • 5:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lufya Omar - Gambar fail

PETALING JAYA - Polis meminta penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, di sini, 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, selain usaha untuk mendapatkan keterangan daripada anak pelakon itu berusia lima tahun, pihaknya juga akan mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.

“Polis sudah menghubungi Lufya  dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Am dan Berharga di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Mohd Fakhrudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik. 

Media melaporkan Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved