Selamatkan Anak Nyaris Diculik, Polis Tunggu Lufya Omar Beri Keterangan

27 Jul 2022 • 8:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Lufya Omar, atau lebih dikenali sebagai Lufya diminta memberi kerjasama untuk membantu siasatan berkenaan kes yang berlaku pada 26 Julai lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata bahawa pihak polis memerlukan keterangan daripada kanak-kanak perempuan tersebut.

Selain itu, pihak polis telah menghubungi Lufya untuk hadir memberikan maklumat berhubung kejadian yang menimpanya dan sehingga kini masih lagi menunggu kerjasama daripada beliau.

Kita masih menunggu kerjasama daripada beliau. Bukan dia tidak mahu mungkin ada hal lain tetapi sekarang masih dalam siasatan dan perlu mendapatkan kerjasama dari dia.”

image is not available

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin juga menerangkan fotofit berkaitan suspek turut akan dikeluarkan untuk dihebahkan ke orang awam.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah menculik.

Terdahulu, satu postingan dibuat oleh Official Hlive di Instagram menunjukkan pelakon Lufya Omar cedera di muka dan badan dalam pertelingkahan yang berlaku dengan seorang individu yang didakwa cuba menculik anak perempuannya.

image is not available 4 minggu lalu

"I'm A Fighter" - Dipukul Guna Kayu Di Kepala Dan Badan, Lufya Syukur Dapat Selamatkan Anak Dari Diculik