Polis minta saksi kes bakar remaja tampil bantu siasatan

25 Jul 2022 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KEMAMAN - Polis meminta saksi kes bakar melibatkan seorang remaja lelaki di Kampung Perasing Jaya, Jabor, dekat sini, tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat disaksikan beberapa individu lain.

"Polis percaya terdapat beberapa individu yang membantu mangsa memadamkan api pada badannya dan membawa mangsa pulang ke rumahnya, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian selepas dibakar.

"Kita mohon saksi kejadian ini tampil bagi membantu siasatan kerana kes ini serius. Mangsa mungkin mengalami kecacatan kekal pada anggota badan," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Hanyan berkata, kejadian menimpa mangsa yang keciciran sekolah itu dipercayai berpunca daripada tuduhan mencuri wang RM100.

Jelas beliau, remaja berkenaan disimbah minyak sebelum dibakar sehingga melecur pada bahagian leher hingga bahagian depan dan belakang badan.

Mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang.

Susulan itu, beliau berkata, enam lelaki berusia 18 hingga 28 tahun ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved