Polis mohon bantuan cari Cikgu Nur Nazalishah

21 Dec 2024 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Nazalishah Ahmad beralamat di Taman Lapangan Harmoni dekat sini kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolahnya, 10 Disember lalu.

IPOH - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang guru wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember lalu.

Nur Nazalishah Ahmad, 43, beralamat di Taman Lapangan Harmoni dekat sini kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolah tempatnya mengajar.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kehilangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson itu diterima selepas abang wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampoi, Johor.

"Berdasarkan maklumat diberikan, mangsa sebelum ini ada mengalami tekanan masalah rumah tangga.

"Usaha pencarian telah dilakukan bagi mengesan mangsa namun sehingga kini dia masih lagi belum ditemui," katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved