Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Muar

17 Dec 2024 • 11:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MUAR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Semaseh, Panchor di sini pada tengah hari 10 Dis.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan kehilangan Puteri Wafaaumairah Roslan dibuat oleh ibunya di Balai Polis Panchor Rabu lepas.

“Remaja berkenaan bertubuh kurus, berkulit putih, rambut perang paras bahu dan tinggi 155 sentimeter,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Erwine Pedaron di talian 013-7609454 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerusi talian 06-9526001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved