
Polis Mohon Bantuan Kesan Durratun Hamizah Abdul Azehar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang.
Polis Daerah Ipoh berkata, Durratun Hamizah Abdul Azehar, 23, mempunyai kulit hitam manis, berbangsa Melayu dan memiliki bentuk tubuh yang kurus.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan tarikh kehilangan wanita itu termasuk lokasi terakhirnya dilihat.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Timb. Ketua Polis Balai Simpang Pulai, SM Ahmad Zubir Alias di talian 016-4275733,” ujar hantaran berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh melaporkan kepada Balai Polis Simpang Pulai di talian 05-3571222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Polis Daerah Ipoh via Facebook
The post Polis Mohon Bantuan Kesan Durratun Hamizah Abdul Azehar appeared first on Siakap Keli.
