Remaja 14 tahun hilang, polis mohon bantuan awam kesan Lin Yu Cheng

6 Aug 2024 • 10:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lin Yu Cheng

PETALING JAYA - Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Dataran Prima Condominium, di sini, sejak 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kehilangan Lin Yu Cheng dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 3.04 petang Isnin oleh keluarganya.

"Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu.

"Yu Cheng berambut hitam dan berbibir nipis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved