Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Danisha Amira

20 Nov 2025 • 9:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Danisha Amira

KOTA BHARU, 20 Nov (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bedal, Kuala Krai, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Mohd Maizan Mustaffa berkata Nur Danisha Amira Muhammad Arif yang berusia 15 tahun memiliki kulit sawo matang serta berbadan kurus.

“Kehilangan Nur Danisha Amira dilaporkan oleh ibunya yang berusia 39 tahun pada Isnin (17 Nov). Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja perempuan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan C. Shures menerusi talian 019-3433523 atau mana-mana polis berhampiran,” katanya.

The post Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Danisha Amira appeared first on Siakap Keli.