Polis mohon bantuan kesan remaja 14 tahun hilang di Shah Alam

1 Jul 2026 • 8:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis mohon bantuan kesan remaja 14 tahun hilang di Shah Alam

SHAH ALAM, 1 JULAI: Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba, Jalan Lengkuas 16/19, Seksyen 16 di sini, pada 23 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata laporan kehilangan mangsa dibuat oleh ibunya pada 24 Jun selepas remaja berkenaan gagal dikesan lebih tujuh hari.

Beliau berkata mangsa, Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah, kali terakhir dilihat keluar dari rumah kira-kira jam 6.45 pagi pada 23 Jun.

"Polis telah menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan orang hilang. Siasatan dijalankan dengan mengambil kira semua kenalan serta tempat yang pernah dikunjungi mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, mangsa merupakan warganegara Malaysia berketurunan Bajau dan beragama Islam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved