Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

LocalCars
29 Jun 2026 • 1:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan pada 20 Jun lalu.

Kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.10 petang di laluan menghala ke Kuala Lumpur dari Shah Alam.

Siasatan awal mendapati, suspek yang memandu sebuah Perodua Kembara dipercayai memandu secara melulu sebelum merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Rakaman video kejadian boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/v/14k9Bgv8GfA/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 29 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved