Remaja 14 tahun yang dilaporkan hilang, telah pulang ke rumah

17 Dec 2024 • 7:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan remaja perempuan berusia 14 tahun, Nur Soleeha Sorfina Zabri, yang dilaporkan hilang telah kembali ke pangkuan keluarganya di Taman Sri Inderapura pada Isnin malam.

Beliau berkata, remaja itu dipercayai pulang sendiri kira-kira jam 10.30 malam, namun pihak polis masih belum menerima laporan rasmi daripada keluarga berhubung kepulangan tersebut.

“Remaja berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti punca dia bertindak demikian, termasuk dakwaan dia mengikut seorang kenalan lelaki dikenali sebagai ‘Ikhwan’,” katanya.

Menurut Wan Mohd Zahari, siasatan awal mendapati gadis itu yang sudah tidak bersekolah dipercayai keluar rumah sebelum ini dan tidak pulang kerana mengikut kenalan.

Terdahulu, Nur Soleeha dilaporkan hilang selepas ibunya menyedari ketiadaannya kira-kira jam 3 pagi Ahad lalu. Laporan polis dibuat selepas usaha mencari di sekitar Kuantan menemui jalan buntu.

Sumber: Sinar Harian