Polis mohon orang awam kesan waris K.Annamalai

8 Sep 2023 • 9:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) memohon orang awam untuk mengesan waris kepada K. Annamalai dalam urusan menuntut mayatnya di Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

IPPKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat berkenaan ditemui pada 12.45 tengah malam di kaki lima berhampiran surau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar, di sini, Ahad lepas.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis memohon kerjasama orang awam untuk tampil memberikan maklumat dalam mengesan waris Annamalai yang beralamat terakhir di JKR 3887, Jalan Sultan Sallahuddin Shah, Kuala Lumpur.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Sarjan Mohd Saufi Kamarudin di Balai Polis Pantai dengan menelefon 013-3709882 atau 03-22822222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis yang berhampiran,” menurut kenyataan itu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved