Polis nafi disogok RM300-RM500 untuk beri undi kepada PH

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 1:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis nafi disogok RM300-RM500 untuk beri undi kepada PH
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad bercakap kepada media selepas meninjau suasana pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, hari ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARANILAI, July 28 -- Negeri Sembilan Police Chief Datuk Alzafny Ahmad speaks to the media after inspecting the early voting process for the 16th Negeri Sembilan state election at the Nilai District Police Headquarters (IPD) today.-- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

SEREMBAN – Polis menafikan dakwaan kononnya anggota pasukan itu disogok dengan wang dan diarah menyerahkan nombor siri kertas undi bagi menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang aktivis politik tersebut adalah satu tohmahan.

"Kita menafikan tohmahan tersebut. Namun sekiranya terdapat sebarang salah laku atau kemungkinan perkara itu berlaku, tindakan lanjut akan diambil.

"Selepas kenyataan itu dibuat oleh beliau, kita telah menjalankan pemantauan, namun sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung isu yang dibangkitkan," katanya dalam sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ

'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, bahawa anggota pasukan beruniform termasuk polis diberikan wang antara RM300 hingga RM500 mengikut pangkat, selain diugut supaya menyerahkan nombor siri kertas undi sebagai bukti mengundi PH.

Alzafny menegaskan, pihaknya akan memastikan proses pilihan raya berlangsung secara profesional, telus dan berintegriti.

Ujarnya, sekiranya pihak polis menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan itu, siasatan lanjut akan dijalankan.

"Jika laporan yang diterima membabitkan salah laku anggota polis seperti yang didakwa, pihak kita juga akan merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tapi itu adalah satu tohmahan dan perkara ini bukanlah satu perkara baharu kerana isu sama turut ditimbulkan dalam pilihan raya sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen dari 16 Julai hingga 27 Julai, sebanyak 53 laporan polis berkaitan pilihan raya telah diterima.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah pun dibuka.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved