“Janganlah main naratif ini lagi. Bapa saya tu tak jahat!” -Anak Aminuddin Harun

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 10:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tampil menafikan dakwaan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan diusir keluar dari kediaman rasmi kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tiada siapa usir siapa

Menerusi satu hantaran di Threads, Nur Amalina menyatakan dakwaan yang tular itu memberi gambaran tidak tepat terhadap bapanya dan berharap naratif tersebut tidak lagi dimainkan.

“Saya dah tengok benda ini banyak kali dan berharap fitnah ini dihentikan. Tiada siapa usir sesiapa.
“Ibu bapa saya tinggal di rumah kami di Taman Desa Ixora sebulan selepas angkat sumpah.
“Mula-mula tak ‘plan’ pun nak pindah ke kediaman rasmi, tapi mengenangkan kesian ‘guards’ yang kena ‘station’ luar rumah dalam kabin, tak selesa,” katanya.

Image from: “Janganlah main naratif ini lagi. Bapa saya tu tak jahat!” -Anak Aminuddin Harun

Beliau juga tahu rumah tersebut hanya tumpangan

Hantaran itu dibuat susulan perkongsian seorang pengguna Threads yang memuat naik gambar Mohamad Hasan berada di luar kediaman rasmi Menteri Besar dengan kapsyen mendakwa beliau diusir keluar pada waktu malam selepas pertukaran kerajaan.

Mengulas lanjut, Nur Amalina menjelaskan keputusan keluarganya berpindah ke Kediaman Rasmi Menteri Besar dibuat atas faktor keselamatan dan privasi, memandangkan rumah keluarga mereka berada di kawasan taman perumahan biasa yang kurang sesuai untuk penempatan anggota keselamatan.

Beliau turut menegaskan kediaman rasmi tersebut adalah milik kerajaan negeri dan penggunaannya tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan, bukannya hak milik mana-mana individu.

“Janganlah main naratif ini lagi. Bapa saya tu tak jahat. Dia masih ada rumah sendiri.
“Ini bukan harta dia pun tiba-tiba nak halau orang. Dia pun tahu ini tumpangan,” katanya.

Image from: “Janganlah main naratif ini lagi. Bapa saya tu tak jahat!” -Anak Aminuddin Harun

Sumber: Thread emyaminuddin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved