Polis nafi kasari suspek kes dadah

12 Aug 2022 • 11:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PDRM.

IPOH - Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya pada Jumaat mengesan video berdurasi 28 saat itu yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @MacSelvam memaparkan dua anggota polis didakwa memukul seorang individu menggunakan objek menyerupai kayu di kawasan laluan anak tangga di sebuah bangunan. "Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas. Polis menafikan sekeras-kerasnya ada mengasari suspek yang ditangkap kerana selepas ditahan, suspek berada dalam kawalan polis dan memberi kerjasama sepenuhnya," katanya dalam kenyataan malam Jumaat. Mengulas lanjut, Nor Omar berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, polis mengesahkan insiden itu berlaku di Seri Manjung semasa pihaknya melakukan serbuan ke atas suspek yang dipercayai terlibat dengan kes dadah pada 10 Februari lalu. "Semasa serbuan dibuat, suspek telah melarikan diri dengan terjun melalui tingkap di tingkat satu bangunan tersebut sehingga mengalami kecederaan di bahagian tumit kaki dan suspek berjaya ditangkap polis dan telah dibawa semula ke bangunan tersebut untuk tujuan pemeriksaan lanjut. "Justeru itu, polis ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved