Remaja diberkas tumbuk guna rantai basikal

12 Aug 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

AMPANG - Seorang remaja diberkas selepas mencederakan seorang individu menggunakan rantai basikal yang diubah suai dalam pertengkaran di gelanggang futsal di Tasik Tambahan di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa bersama rakan-rakannya bermain futsal dengan pasukan sekolah lain di lokasi kejadian. "Siasatan mendapati mangsa melihat salah seorang ahli pasukan futsal lawan membuat serangan di bahagian kaki dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka. "Suspek yang berumur 17 tahun iaitu rakan salah seorang dari pasukan lawan tersebut dengan memegang buku lima di tangan lalu menumbuk mangsa di bahagian rusuk kiri, dan siku," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Katanya, suspek turut cuba bertindak menumbuk adik mangsa namun sempat ditarik. "Suspek yang masih bersekolah itu kemudiannya ditahan bersama rampasan satu alat rantai basikal yang telah diubah suai dan dibawa ke IPD Ampang Jaya bagi siasatan lanjut. "Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya. Menurutnya, siasatan mendapati punca kejadian adalah perselisihan faham ketika bermain futsal. "Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved