Polis Nak Sedut Air Sungai Untuk Cari Petunjuk Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan

12 Dec 2023 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siasatan mengenai kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dah masuk hari keenam hari ini diteruskan dengan pencarian petunjuk baharu dipercayai di aliran anak sungai yang berdekatan dengan penemuan mayat mangsa.

Menerusi Astro Awani, tinjauan mereka mendapati kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Unit Forensik Bukit Aman dilihat telah tiba di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 11.40 pagi.

image is not available

Sumber melaporkan bahawa, pihak polis hari ini difahamkan akan menyedut air di aliran anak sungai yang terletak berdekatan dengan lokasi kejadian.

Operasi berkenaan dijangka melibatkan kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), malah tiada lagi sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai operasi tersebut setakat ini.

image is not available

Namun begitu, sumber mengesahkan bahawa kerja mengepam air kedengaran bermula sekitar jam 12.20 tengah hari tadi dan pada waktu tersebut keadaan di lokasi hujan lebat.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, polis percaya kes pembunuhan dipercayai didalangi seorang suspek.

Jelas beliau, ia berdasarkan petunjuk kesan jerutan dan pergelutan ditemui di tubuh mangsa. Malah pihak polis juga percaya bahawa penjenayah menggunakan laluan tikus di kawasan sekitar sebelum meletakkan mayat mangsa di saliran air.

Sumber : Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.